Jangan sombong dengan kelebihan sementara
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah
perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah
kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil
ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil
dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan
keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ;
anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat
mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan
berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia
keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan
anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan
terus memarahi Anak kecil tadi :
” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu
kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak
buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta
maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya
melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya
panggil”.
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak
jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing
disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil
tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke
kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya
melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat
dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh
mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek
teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya
bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran :
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa
kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan,
menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang
sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang
sementara.