Kamis, 30 Desember 2010

Kesedihan Bukan Kepedihan

Bersedih boleh meminimakan nilai hidup.. Kenapa perlu bersedih? Dan apa pula bersedih itu? Sedih itu adalah penyakit hati.. Bersedih ialah emosi normal bagi seorang manusia.. Jika tidak bersedih ini bermakna dia bukan seorang manusia yang normal.. Ya.. Itu aku pasti.. Bila masa pula perlu bersedih? Perasaan itu akan menyerang secara tiba² mengikut situasi dan keadaan..
Setiap manusia diberi personaliti berbeza.. Berbeza juga perasaannya.. Ada yang menganggap sedih itu indah.. Selalunya kesedihan itu akan menjadi kenangan yang sangat mahal tatkala kegembiraan mulai mekar.. Ada yang menganggap sedih itu terlalu pahit.. Memang sukar dipendam ataupun dipadam.. Sampai bila² pun ia tetap menjadi calar dalam larian kehidupan..
Kesedihan adalah antonim bagi kegembiraan.. Sama seperti racun yang berantonimkan penawar.. Jadilah kegembiraan itu sebagai ubat.. Bukannya sukar mencari kegembiraan seperti sukarnya menerima kesedihan.. Nikmati kegembiraan itu sebaiknya supaya ianya bakal menjadi penawar yang baik suatu hari nanti mungkin..
Sedih itu pilihan? Salah! Aku tak setuju.. Memang perlu bersedih tapi bukan menjadikannya pilihan..
Dulu aku memang selalu sedih dengan kehidupan.. Bukan saja kehidupan aku, kehidupan keluarga aku, kehidupan kawan aku, kehidupan kawan kepada kawan aku, kehidupan kawan kepada ketua kampung aku, tapi semualah! Akhirnya aku fikir kehidupan bukannya kekal, kenapa tidak teruskan saja dengan kegembiraan bukan?
Dulu aku sangat hirau dengan sekeliling.. Semua ambil pusing.. Setiap kata aku simpan, setiap cacian aku sematkan.. Tapi semuanya bukan kearah kecermelangan kegemilangan dan keterbilangan.. Semuanya bersifat kebencian kedengkian dan kelakhanatan.. Akhirnya aku biarkan mulut busuk itu terus menyebarkan ketengitannya tanpa aku menhirup baunya..
Dulu sedih juga berpisah dengan kekasih sendiri.. Tapi bila difikarkan untuk apa? Bunga bukan sekuntum (bosan sudah aku dengar pepatah yang ini) biarpun bukan semua bunga tidak mahu kepada kumbang ini, tapi si kumbang akan terus juga mencari madunya (kena faham maksud sebenar yang ini)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar